Pages

Sunday, 10 July 2011

AURAT

TENTANG AURAT...
Secara mudahnya aurat dapat diertikan
sebagai bahagian tubuh badan, sama ada
lelaki ataupun wanita yang diwajibkan
oleh syarak menutupnya daripada
pandangan mata. Para ulama membahagikan
batas-batas aurat tersebut, khususnya
ketika di luar sembahyang kepada 4
kategori iaitu :

1) Aurat lelaki bersama lelaki
2) Aurat wanita ketika bersama wanita
3) Aurat lelaki ketika bersama wanita
4) Aurat wanita ketika bersama lelaki

AURAT LELAKI KETIKA BERSAMA LELAKI

Aurat lelaki yang wajib ditutupnya
daripada pandangan seorang lelaki lain
ialah bahagian tubuh badan antara pusat
dan lututnya. Ini bererti bahawa seorang
lelaki tidak diharuskan melihat aurat
lelaki lain pada bahagian yang terletak
antara pusat dan lututnya.

Hukum ini dipersetujui oleh jumhur
ulamak berdasarkan kepada beberapa buah
Hadis Sahih, antaranya sebagaimana yang
diriwayatkan oleh Abu Ayyub r.a bermaksud:
“Bahagian anggota yang terletak di atas
dua lutut adalah termasuk aurat dan
bahagian anggota yang terletak di bawah
pusat adalah aurat juga.”

Amru bin Shuib pula meriwayatkan
daripada bapanya daripada datuknya
bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda
maksudnya:
“Apabila salah seorang di antara kamu
mengahwinkan hamba wanitanya dengan
hamba lelakinya ataupun orang upahannya
maka dia (iaitu hamba wanitanya)
dilarang sama sekali melihat auratnya
kerana apa sahaja (bahagian anggota)
yang terletak di bawah pusatnya hingga
kepada dua lututnya adalah auratnya.”

Selanjutnya Rasulullah s.a.w juga
melarang melihat aurat itu sebagaimana
sabda baginda bermaksud:
“Seorang lelaki dilarang melihat aurat
lelaki lain dan juga seorang wanita
dilarang melihat aurat seorang wanita lain.”

Hanya Imam Malik yang bercanggah
pendapat dengan mengatakan bahawa paha
bukanlah aurat. Bagaimanapun,
terdapat beberapa dalil yang mengukuhkan
pendapat
jumhur ulamak di antaranya:

Sebuah Hadis riwayat Jurhud al-Aslami,
beliau berkata bahawa suatu ketika
Rasulullah s.a.w telah duduk
bersama-sama kami, pada saat itu paha
saya terdedah, lalu baginda bertanya
saya: Apakah tidak kamu tahu bahawa paha
itu aurat?”

Diriwayatkan juga bahawa baginda s.a.w
telah bersabda kepada Ali r.a :
“Janganlah kamu dedahkan paha kamu dan
jangan pula kamu melihat paha orang lain
sama ada yang masih hidup ataupun yang
sudah mati.”

Malah Rasulullah s.a.w juga melarang
kita mendedahkan aurat biarpun ketika
bersendirian sebagaimana sabda baginda
bermaksud :
“Jauhilah daripada perbuatan berbogel,
sesungguhnya ada bersama-sama kamu orang
yang tidak berpisah denganmu, kecuali
ketika membuang air (besar dan kecil)
dan ketika seseorang lelaki itu
bersetubuh dengan isterinya.”

AURAT WANITA KETIKA BERSAMA WANITA

Jika seseorang wanita Islam bersama-sama
wanita Islam yang lain, maka aurat yang
mesti ditutup ialah bahagian anggota
yang terletak di antara pusat dan lutut.
Ini bermakna bahawa seorang wanita Islam
harus melihat anggota lain selain
daripada anggota yang terletak di antara
pusat dan lutut wanita Islam yang lain.

Manakala kedudukan aurat seorang wanita
Islam dengan wanita bukan Islam pula
para ulamak berselisih pendapat
mengenainya. Perselisihan berlaku
berpunca daripada penafsiran gantinama
(dhamir) “mereka” dalam ayat 31 surah
al-Nur yang bermaksud:
“Perintahlah (wahai Muhammad) akan
wanita Mukminin supaya mereka mengawasi
“mereka ” dan supaya mereka menjaga
alat-alat kemain mereka dan aurat
mereka. Dan tidak boleh mereka
memperlihatkan aurat mereka kecuali
aurat yang zahir (muka dan dua tapak
tangan). Dan wajib mereka memakai tudung
kepala serta menutupi bahagian dada
mereka….”

Para ulamak yang menafsirkan gantinama
“mereka ” itu dengan erti wanita-wanita
Islam sahaja, berpendapat adalah tidak
harus wanita-wanita Islam mendedahkan
sebarang sebarang aurat mereka biarpun
yang lain selain daripada anggota yang
terletak di antara pusat dan lutut
apabila berhadapan dengan wanita bukan
Islam. Kedudukan wanita bukan Islam di
dalam masalah
ini samalah dengan kedudukan lelaki
ajnabi. Inilah pendapat yang menjadi
pegangan sekumpulan fuqahak mazhab
Shafie, Umar, Ibnu Abbas, Mujahid, Ibnu
Juraij dan lain-lain yang sebahagian
besarnya daripada golongan ulamak salaf.

Diriwa yatkan bahawa Umar r.a pernah
menulis surat kepada Abu Ubaidah bin
al-Jarrah katanya:
“Sesunguhnya telah sampai ke pengetahuan
bahawa wanita-wanita ahli Dhimmah telah
masuk ke dalam bilik-bilik mandi
bersama-sama wanita Islam maka hendaklah
kamu melarang perkara yang sedemikian
dan menyekatnya daripada terus berlaku
kerana tidak diharuskan bagi seorang
wanita Dhimmiyah melihat aurat wanita
Islam.”

Ibnu Abbas r.a pula menyatakan bahawa
“adalah tidak harus seorang wanita Islam
dilihat oleh wanita Yahudi atau Nasrani.”

Bagi mereka yang mengatakan bahawa
maksud gantinama “mereka” itu sebagai
wanita secara umumnya, iaitu Islam dan
bukan Islam, berpendapat adalah harus
bagi wanita Islam mendedahkan aurat
mereka di hadapan wanita bukan Islam,
sama seperti kedudukannya ketika
berhadapan dengan wanita Islam yang
lain. Dengan erti kata bahawa wanita
Islam diharuskan mendedahkan auratnya di
hadapan wanita bukan Islam selain
daripada anggota yang terletak di antara
pusat dan lutut. Ini
adalah pendapat ulamak mazhab Hanbali
dan juga salah satu pendapat fuqahak
mazhab Hanafi dan Shafie. Pendapat ini
disahkan pula oleh al-Ghazali dan
al-Fakhrul Razi, dua ulamak tokoh dari
mazhab Maliki. Al-Fakhrul Razi berkata:
“Pendapat ini adalah lebih lembut dan
sesuai dengan manusia pada hari ini yang
hampir-hampir tidak mungkin lagi bagi
para wanita Islam melindungi diri mereka
daripada pandangan wanita-wanita dhimmiyah.”

Mereka mengatakan bahawa maksud “mereka”
itu adalah wanita khusus yang dikenali
melalui persahabatan, pekerjaan dan
perkenalan sama ada wanita Islam atau
bukan Islam, menegaskan bahawa harus
bagi para wanita Islam mendedahkan
auratnya kecuali bahagian anggota yang
terletak antara pusat dan lutut, tanpa
sebarang hijab(penutup) di hadapan
wanita-wanita yang terhormat dan
mulia(tinggi peribadinya) biarpun mereka
itu bukan Islam. Jelasnya, neraca
keharusan tersebut adalah berdasarkan
kepada asas akhlak, bukan asas agama.
Lantaran itu, apabila wanita Islam
berhadapan dengan
wanita fasik yang tidak mempunyai sifat
malu, tidak berakhlak dan beradab sopan,
maka wajiblah ke atas mereka menutup
auratnya kerana mendampingi mereka tidak
kurang bahayanya daripada mendampingi
lelaki ajnabi yang mungkin merosakkan
akhlaknya. Ini adalah pendapat
al-Maudu di, seorang ulamak mutakhir yang
amat popular di kalangan umat Islam masa
kini. Suatu pendapat yang sederhana yang
dapat menyelaraskan dua pendapat
sebelumn ya, dan ia amat sesuai sekali dengan
suasana dan keadaan sekarang ini. Kita
berasa agak sukar untuk menerima
pendapat pertama kerana kedudukan
pergaul an sekarang ini di antara orang
Islam dan bukan Islam memang tidak dapat
dielakkan. Setiap hari kita bertemu dan
berurusan
dengan mereka di merata-rata tempat dan
pada bila-bila masa sahaja. Malah kita
tidak dapat pula mengamalkan pendapat
kedua kerana tanpa membezakan di antara
wanita bukan Islam yang berakhlak dan
tidak berakhlak bererti kita mendedahkan
para wanita Islam kita pada suatu
keruntuhan moral yang mungkin lebih
buruk daripada apa yang kita sangkakan.

AU RAT LELAKI KETIKA BERSAMA WANITA

Aurat seorang lelaki ketika berhadapan
dengan seorang wanita adalah berbeza
berdasark an kedudukannya dengan wanita
tersebut. Sekiranya mereka termasuk
dalam golongan orang yang seperti bapa,
adik beradik kandung, bapa saudaranya
dan lain-lainnya maka aurat yang mesti
ditutupi ialah bahagian anggota yang
terletak antara pusat dan lututnya.
Begitu juga menurut pendapat yang
terkuat jika ia seorang ajnabi.

Ada pula pendapat yang mewajibkan supaya
ditutup seluruh badannya apabila
berhadapa n dengan seorang ajnabi, iaitu
tidak harus bagi seorang wanita melihat
kepada seorang lelaki yang buakn
mahramnya sam seperti tidak diharuskan
seseor ang lelaki itu melihatnya. Tetapi
jika lelaki itu suaminya, maka tidak
timbul masalah aurat di antara keduanya,
malah tidak ada apa yang dinamakan aurat
di antara mereka. Firman Allah S.W.T ,
al-Mukminun: 05 bermaksud:
“Dan mereka yang menjaga kehormatannya,
ke cuali isteri-isteri mereka atau hamba
sahaya mereka, maka sesungguhnya mereka
tidak tercela.”

AUR AT WANITA KETIKA BERSAMA LELAKI

Perbin cangan kategori ini amat penting,
malah kedudukannya lebih utama jika
dibandingkan dengan tiga kategori
sebelum ini kerana pertaliannya dengan
masalah semasa. Di tambah pula dengan
kejahilan sebahagian anggota masyarakat
tentan g hukum Islam di samping pengaruh
budaya Barat yang mereka cipta pelbagai
bentuk pakaian bagi wanita-wanita Islam
di negara ini khususnya.

Pa ra ulamak telah membahagikan jenis
lelaki yang berada di hadapan seseorang
waniat itu kepada lelaki yang menjadi
ahramnya dan lelaki ajnabi (iaitu bukan
mahramnya).

Jika seseorang wanita itu berhadapan
dengan lelaki mahramnya, maka hokum
auratnya yang wajib ditutup ialah
anggota yang terletak di antara pusat
dan lututnya sahaja. Ini bermakna adalah
harus baginya mendedahkan bahagian
anggotan ya yang lain di hadapan
orang-ora ng yang dihukum sebagai mahramnya.

Su ngguhpun demikian pendapat ini
bukanlah suatu pendapat yang
dipersetujui oleh kesemua ulamak Islam.
Ulamak mazhab Maliki mengatakan aurat
seseorang wanita di hadapan lelaki
mahramnya ialah seluruh badannya kecuali
muka dan a’traf iaitu kepala, tengkuk,
kedua tangan dan kakinya. Pendapat ini
disokong oleh ulamak mazhab Hanbali
dengan mengatakan bahawa auratnya
bersama- sama lelaki mahramnya ialah
seluruh badannya kecuali muka, tengkuk,
kepala, dua tangan, kaki dan betisnya.

Jik a lelaki yang berada di hadapan
seseorang wanita itu merupakan lelaki
ajnabi, maka terdapat perselisihan
pend apat di kalangan ulamak tentang
menentuka n kadar auratnya, apakah
auratnya yang wajib ditutup di seluruh
tubuhnya hinggakan termasuk muka dan dua
tangannya, ataupun ada bahagian-bahagian
anggota yang dikecualikan daripada
hukuman wajib
ditutup kerana tidak sengaja ataupun
kerana keperluan yang tidak dapat dielakkan.

Pe rselisihan pendapat ini
berdasarkanke pada pelbagai tafsiran
tentang ungkapan firman Allah S.W.T yang
bermaksud:“Dan tidak boleh mereka memperlihatkan
au rat kecuali aurat yang zahir
daripadanya .” (al-Nur : 31)

Ada tafsiran yang mengatakan bahawa
maksud “kecuali aurat yang zahir
daripadanya ” itu ialah apa sahaja
anggota yang terdedah tanpa disengajakan
sepe rti terdedah kerana ditiup angin
ataupun sebagainya. Ada pula tafsiran
yang mengatakan bahawa ayat itu
bermaksud dikecualikan apa-apa bahagian
anggota yang didedahkan kerana keperluan
dan tuntutan hidup yang memaksa. Ada
juga tafsiran lain yang mengatakan
bahawa anggota yang dikecualikan
dari pada larangan mendedahkannya itu
ialah muka dan dua tapak tangan sahaja
termasuk belakang kedua-duanya. Jika
berdasarkan tafsiran pertama, maka
seluruh jasad seseorang wanita itu
adalah aurat yang mesti ditutup, bermula
dari hujung rambutnya sehinggalah ke
hujung kakinya kecuali bahagian tertentu
yang terdedah tanpa disengajakan seperti
ditiup angin ataupun tersangkut duri,
tetapi dikehendaki segera menutupnya
tanpa sengaja melambat-lambatkanny a.
Inilah pendapat fuqahak mazhab Hanbali
dan salah satu pendapat yang terkenal di
kalangan fuqahak mazhab Shafie dan juga
salah satu pendapat yang masyhur di
kalangan fuqahak mazhab Maliki. Imam
Ahmad ibn Hanbal pernah menegaskan:
“Tiap suatu daripada tubuh badan
seseorang wanita adalah aurat hinggakan
termasu k juga kukunya.”

Dal il-dalil yang menjadi hujah bagi
pendapat ini ialah firman Allah S.W.T
yang bermaksud:
“Dan tidak boleh mereka memperlihatkan
au rat mereka kecuali aurat yang zahir
daripadanya .” (al-Nur : 31)

Mereka mengatakan bahawa ayat ini jelas
menunjukkan seseorang wanita dilarang
secara mutlak mendedahkan apa sahaja
anggota badannya di hadapn lelaki
ajnabi, dan mereka mengatakan bahawa
maksud pengecualian yang terdapat di
dalam firman Allah tersebut ialah apa
yang terdedah tanpa disengajakan seperti
akibat ditiup angin kencang yang
mendedahkan tengkuknya ataupun mana-mana
bahagia n badannya. Firman Allah yang
bermaksud:“Apabila kamu meminta sesuatu
(keperlua n) kepada mereka (isteri-isteri
na bi), maka mintalah dari belakang
tabir. Ara yang demikian itu lebih suci
bagi hati kamu dan hati mereka.”
(al-Ahza b : 53)

Ayat ini menjelaskan bahawa kaum lelaki
Islam dilarang melihat isteri-isteri
Nab i. Walaupun ayat ini diturunkan
khusus bagi isteri-isteri nabi s.a.w
tetapi menurut pendapat mereka hukumnya
adalah meliputi para wanita Islam lainya
menerusi qias, kerana pada mereka
seluruh jasad seseorang wanita itu
adalah aurat. Ayat ini secara tidak
langsungnya mengukuhkan maksud ayat yang
pertama yang melarang wanita-wanita
men dedahkan aurat mereka kepada
pandangan orang-orang lelaki. Mereka
juga berhujah dengan beberapa buah hadis
yang menunjukkan bahawa orang lelaki
dilarang daripada melihat dengan sengaja
terhadap wanita-wanita antaranya:
“Saya telah bertanya Rasululah s.a.w
tentang pandangan yang tidak
disengajaka n, baginda menjawab:
palingk anlah mata kamu ke arah lain.”
(Riwayat Jarir bin Abdullah)

Ras ululah s.a.w bersabda:
“Ya Ali, janganlah kamu susuli pandangan
dengan pandagan yang lain, sesungguhnya
pand angan yang pertama itu adalah milik
kamu, tetapi pandangan yang kedua bukan
lagi milik kamu.” (Riwayat Ali r.a)

Dari Ibnu Abbas r.a diriwayatkan bahawa
al_Fadl bin al-Abbas telah menunggang
unta di belakang Rasululah s.a.w pada
hari al-Nahr, beliau adalah seorang yang
berambut cantik, berkulit putih dan
kacak, lalu datang kepada baginda
seorang wanita daripada Khath’am meminta
fatwanya, lalu al-Fadl melihat kepadanya
dan dia juga melihat kepada al-Fadl,
maka dengan itu
Rasulullah s.a.w memalingkan muka
al-Fadl ke arah yang lain.

Kesemua hadis tersebut menunjukkan
denga n jelas bahawa hukumnya haram
perbuatan sengaja melihat wanita
ajnabiah. Ini tidak lain kerana muka dan
tubuh badannya adalah aurat yang
dilarang melihatnya. Jika berdasarkan
kepad a tafsiran kedua, maka muka dan
kedua tapak tangan iaitu termasuk
belakang kedua-duanya,
sek urang-kurangnya dua anggota bagi
seseorang wanita yang harus didedahkan
apabil a berhadapan dengan lelaki ajnabi.
Inilah pendapat fuqahak mazhab Hanafi,
Maliki dan salah satu pendapat daripada
Shafie.< BR>
Malah di dalam satu riwayat yang lain
daripada Abu Hanifah, beliau mengatakan
dua anggota kaki dan tempat memakai
gelang kaki adalah termasuk ke dalam
anggota yang diharuskan pendedahannya
ter masuk muka dan dua tapak tangan. Ini
juga merupakan pendapat al-Thauri dan
Abu al-Abbas kerana penutupannya akan
menimbulkan kesulitan kepada wanita
kampung yang miskin yang terpaksa
berjalan ke sana –sini, di jalan-jalan
raya, kerana memenuhi keperluan hidup
seharian, malah lebih
jauh daripada itu, Abu Yusuf iaitu salah
seorang sahabat Abu Hanifah berpendapat
bahaw a dua anggota lengan juga iaitu
selain muka dan dua tapak tangan
termasuk ke dalam anggota yang
diharuskan pendedahannya bagi seseorang
wanita kerana penutupnya akan
menimbulkan banyak kesulitan.

Me nurut satu pendapat yang dhaif dalam
mazhab maliki, dibezakan di antara
wanita yang cantik dengan wanita yang
hodoh. Wanita yang cantik diwajibkan
menutu p muka dan dua tangannya tetapi
hukuman ini tidak diwajibkan ke atas
wanita hodoh. Dengan lain perkataan,
muka dan dua tangan wanita yang cantik
dianggap sebagai aurat yang wajib
ditutup. Manakala bagi wanita yang
hodoh, kedua-duanya tidak dikira sebagai
aurat.

Bagi mereka yang berpegang dengan
pendapat ini telah berhujah dengan dalil
antaranya firman Allah yang bermaksud:
“Dan tidak boleh mereka memperlihatkan
au rat mereka kecuali aurat yang zahir
daripadanya .” (al-Nur :31)

Mereka mengatakan ayat tersebut telah
mengecualik an bahagian-bahagian abggota
yang perlu kepada pendedahan kerana
memenuhi keperluan bagi diri seseorang
iaitu anggota muka dan juga dua tapak
tangan. Tafsiran ini adalah sama dengan
pendapat sebahagian para sahabat dan
tabiin seperti Said bin Jubair, Ata’ dan
al-Dahhak.

Mereka juga berhujah dengan sebuah Hadis
riwayatAish ah r.a bahawa Asma’ Abu Bakar
telah masuk menemui rasulullah s.a.w
dengan memakai pakaian yang nipis, lalu
Rasulullah s.a.w menegurnya, baginda
bersabda:
“Ya Asma’, seseorang wanita apabila
meningkat ke umur haid tidak layak
dilihat daripadanya kecuali ini.”Lantas
diisy aratkan kepada muka dan dua tapak
tangannya.< BR>
Hadis jelas menunjukkan bahawa muka dan
dua tapak tangan (termasuk belakang
kedua-du anya) adalah harus didedahkan,
semen tara bahagian anggota lain
merupakan aurat yang wajib ditutup oleh
seseorang wanita yang sudah baligh.

Merek a mengatakan lagi bahawa muka dan
tapak tangan bukanlah aurat yang wajib
ditutup oleh seseorang wanita kerana
kedua-duan ya merupakan anggota yang
harus didedahkan di dalam sembahyang,
begit u juga semasa berihram, kalaulah
kedua-du anya merupakan aurat tentulah
tidak dibolehkan pendedahannya kerana
menutup aurat di dalam sembahyang adah
wajib. Tidak sah sembahyang seseorang
itu apabila auratnya terdedah.

Pen dapat kedua ini merupakan pegangan
kepada golongan terbanyak ulamak Islam
kerana itu ia dianggap sebagai jumhur.

Apa yang menjadi hujah kepada kumpulan
pertama, di antaranya sebagaimana maksud
firman Allah:
“Dan apabila kamu meminta sesuatu yang
harus diminta daripada isteri-isteri
Nab i, maka mintalah dari sebalik tabir.”
(al-Ahzab : 53)

Ayat tersebut dianggap oleh jumhur
ulamak sebagai mengandungi hukum khas
bagi isteri-isteri Nabi sahaja kerana
kedudukan dan kehormatan mereka yang
tinggi dan tidak dimiliki oleh
wanita-wanit a lain. Oleh itu, tidaklah
harus diletakkan mereka di bawah
hukum-hukum yang khusus bagi
isteri-ister i Nabi menerusi kaedah qias.

Mengena i sabda baginda kepada Jarir bin
Abdullah:
“Palingkanlah mata kamu ke arah lain.”
Dan sabda baginda kepada Ali bin Abu Talib:
“Ya Ali, janganlah kamu susuli
pandangan( mata kamu itu) dengan
pandangan yang lain…” Mereka menyatakan
bahawa maksud hadis-hadis itu melarang
seseoran g nelihat dengan sengaja kepada
tubuh badan seseorang wanita tanpa
sebarang keperluan kerana perbuatan
sengaja melihat itu boleh menimbulkan
akiba t buruk dan sangkaan yang tidak
baik, sedangkan kita disuruh agar
menjauhkan diri daripada segala sangkaan
buruk.
Tentang hadis yang meriwayatkan bahawa
Rasululah s.a.w telah memalingkan muka
al-Fadl bin al Abbas itu pula, mereka
mengatakan tindakan itu adalah
disebabkan baginda berasa takut akan
timbulnya fitnah dari apa yang berlaku
di hadapannya. Hadis ini menurut jumhur
hanya menunjukkan hokum harus melihat
kepada seseorang wanita ketika tidak ada
kemungkinan berlakunya fitnah.
Berdasark an kepada hujah-hujah yang
dikemukakan oleh kedua-dua belah pihak,
maka para fuqahak mazhab Hanbali dan
pihak jumhur, ditambah pula dengan
hujah-huja h jumhur ulamak bagi
mematahkan hujah-hujah mereka itu, maka
ternyata bahawa pendapat jumhur adalah
yang terkuat dan munasabah diamalkan di
dalam kehidupan wanita pada hari ini.
Malah kalau diperhatikan kepada nature
syariat Islam itu sendiri ia bersifat
mudah, bertolak ansur dan lembut, tidak
terdapat di dalam pengajaran dan
hukum-hukumny a sesuatu yang susah dan
menyulitkan penganutnya. Dalam hal ini
tentunya kita lebih cenderung dengan
pendapat jumhur ulamak yang terdiri
daripada ulamak mazhab Maliki, Hanafi
dan sebahagian fuqahak Mazhab Shafie
yang mengatakan bahawa muka dan dua
tapak tangan bukanlah aurat seseorang
wanita yang wajib ditutup apabila
berhadapa n dengan lelaki ajnabi. Memaksa
seseorang wanita menutup muka dan juga
dua tapak tangan akan menyebabkan
timbu lnya kesulitan yang berat kepada
yang miskin dan tidak mempunyai sesiapa
yang membantu mereka dalam kehidupan
mereka seharian seperti untuk keluar ke
pasar, jalan-jalan raya, lading dan
melakukan pekerjaan tertentu bagi
memnuhi keperluan hidup dan tuntutan
hidup mereka.

Walau pun pendapat ini mengharuskan
pend edahan muka dan dua tapak tangan,
tetapi keharusan itu adalah terikat
secara khusus dengan keadaan yang tidak
menimbulkan fitnah terhadap diri
seseorang wanita itu. Sekiranya dalam
keadaan yang tidak terjamin
keselama tannya dan ditakuti akan
menimbulkan fitnah, ataupun dalam
suasana di amna terdapat ramai orang
jahat maka tidak diharuskan bagi
seseorang wanita itu keluar rumahnya
dengan mukanya yang terdedah atau
sebahagian auratnya
yang lain terdedah.

Per lu diingatkan bahawa pertentangan
pend apat di kalangan ulamak tentang
hokum wajib menutup muka ataupun tidak
adalah berdasarkan kepada muka yang
bersih dan tabie yang tidak disolekkan
dengan sebarang solekan yang
mempersonaka n pandangan lelaki kepadanya
ataupun muka itu tidak terlalu cantik.
Tetapi jika muka itu disolekkan atau
dihias dengan hiasan tertentu ataupun
muka itu terlalu cantik yang menarik
perhatian lelaki, maka muka yang seperti
itu dihukum sebagai aurat yang mesti
ditutup biarpun di kalangan mereka yang
mengharuskan pendedahannya di dalam
suasana yang normal. Ini adalah kerana
menjaga kaum wanita daripada kesulitan
dan kesusahan yang mungkin timbul di
samping mengawal kaum lelaki dari
melakukan perbuatan ataupun tidak
tindakan yang tidak wajar dan dilarang
oleh syarak.

Sesun gguhnya apabila dikatakan muka dan
dua tapak tangan itu tidak dikira
sebagai aurat yang mesti ditutup
bukanlah bermakna wajib ke atas
seseorang wanita itu mendedahkannya
at aupun tidak menutupnya dianggap
sebagai bida’h, kerana pendapat begini
tidak pernah diucapkan oleh mana-mana
ulamak pun. Malahan ia bermaksud
tidakla h menjadi apa-apa kesalahan
mendeda hkan kedua-duanya(muka and dua
tapak tangan) di dalam suasana biasa
yang tidak menimbulkan sebarang
fitnah.< BR>
Dalam suasana yang ada di negara kita
sekarang ini di mana pelbagai gejala
social berlaku tindakan liar terhadap
kaum wanita dan segbagainya, mak sudah
sampai masanya umat Islam kita kembali
kepada pengajaran Islam yang murni dan
mengamalkanny a di dalam kehidupan
seharia n. Buangkanlah sikap dan anggapan
bahawa menutup aurat itu adalah suatu
tanda kepada kemunduran, menakutkan para
pelabur dan pelancong dan bebrapa
tanggapan negatif lagi. Pilihlah suatu yang
lebih bermanfaat bagi diri kita
berdasarkan kepada peraturan dan ajaran
Islam yang kita anuti dan yakini selama
ini. Islam tidak pernah membawa umatnya
ke arah kemunduran dan kemusnahan tetapi
pengabaian umat terhadap pengajaran dan
hukumnya adalah punca kepada keruntuhan
tamadun manusia.

No comments:

Post a Comment